Sunday 1 October 2017

Fakta tentang bunga mawar dan makna disebalik warnanya.


Asslamualaikum! mungkin ramai yang tak tahu fakta pasal bunga ni. so aku nak bagitahu sikit pasal bunga.Bunga Mawar dikenali juga dengan nama ros.Saiz bunga mawar di Malaysia dan di Eropah tidak sama kerana perbezaan cuaca.Saiznya lebih besar di negara beriklim sejuk.

     Ros dan Mawar ada pelbagai warna termasuk biru, hijau lembut dan hitam.Di Malaysia, mawar yang biasanya dijumpai berwarna merah jambu lembut.Namun mawar berwarna merah, kuning dan putih menjadi pilihan ramai.

Ada pelbagai jenis mawar di dunia namun ia dikategorikan dalam tiga jenis utama iaitu Mawar Liar,Mawar Taman Tradisi dan Mawar Taman Moden.Pokok mawar boleh dikacukkan dan menghasilkan warna yang pelbagai seperti ungu, merah jambu, mawar merah kuning dan mawar kuning jingga.Mawar disukai ramai dan sangat cantik untuk penyeri.

    Selain baunya yang harum, mawar menjadi pilihan kerana sering digambarkan sebagai lambang kasih sayang. Satu masa dulu, di Eropah, bunga mawar menjadi bunga penting untuk taman larangan istana.Setiap warna bunga mawar membawa makna atau lambang yang berbeza.






Related image



Bunga Ros Merah: Memberi makna cinta, penghormatan, keberanian, kesungguhan bekerja dan yang paling penting keikhlasan hati menyintai seseorang. Keunikkan pandangan lembut pada lapisan-lapisannya dapat menghangatkan suasana serta wangiannya yang emm menyentuh perasaan. Si dia mencintaimu setulus hati dan ingin bersama selamanya. Alahai nak satuu 



Image result for bunga ros biru di malaysia

 Bunga Ros Biru : Melambangkan sesuatu yang tak tercapai atau mustahil. Jadi sila beri gambar bunga ros biru kepada orang yang tergila-gila pada anda tapi anda benci nak mampus kat si dia hahahahhaahhhaa



Related image

Bunga Ros Ungu : warna ungu ni sebagai tanda korang cinta. Tapi lebih kepada cinta pandang pertama. Ia membawa lambang kemegahan dan rasa cinta dalam hati. tapi kalau dah kali kdua pandang boleh bagi bunga warna lain


Related image


Bunga Ros Kuning : Tanda pemulaan persahabatan. Jika si dia memberi bunga ini, bermaksud si dia ingin berkawan dengan anda.kalau anda dapat ros ni, tak dapek lah peluang nak ber"cinta" dengan si dia. Selain itu, Ros kuning boleh jadi ros paling dibenci kerana ianya melambangkan persahabatan. Jadi, kalau tak dapat ros merah, tapi dapat ros kuning, faham-fahamlah ye. Tabahkanlah hati tu hahahahahah. Selain tu, ros kuning ni melambangkan selamat datang/ welcome back dan juga sesuai untuk diberi kepada yang baru bergelar ibu dan juga mereka yang bergraduasi.

Related image

Bunga Ros Putih : Sifat ‘innocence’ dan keaslian,diam penuh muslihat, kegembiraan..serta untuk merakamkan rasa ambil berat pada seseorang dan kalau ada rasa cinta.. rasa cinta yang ada dalam dirinya adalah cinta sejati dan sesuci ros putih itu. Selain itu, Bunga ros putih melambangkan kesucian, kehormatan, privacy dan jugak tak bersalah.Bunga yang biasanya boleh dilihat waktu hari perkahwinan ini juga melambangkan yang pemberi bunga berwarna putih ini juga seorang yang berniat tulus ikhlas dalam perhubungan

Image result for lambang ros merah

Bunga Ros Oren : Bak kata budak tadika, bunga yos oyen. Bunga yos oyen ni membawa maksud "aku bangga padamu" dan "aku ingin kamu". Warna yang hangat dan memberikan tenaga ini turut membawa maksud yang korang mengharapkan kebahagiaan dalam berpasangan. Happy ever after! Bunga ros yang membawa rasa kebanggaan dan bertenaga

Related image

Bunga Ros Pink : Kamu adalah cinta pertama si dia dan ini menjadi rahsianya sejak sekian lama. Maknanya anda adalah insan yang menjadi idamannya selama ini. Selain itu, Ros pink membawa maksud romantik, kebahagiaan dan kagum terhadap seseorang. Kalau korang minat pada seseorang, korang boleh gunakan ros pink ni sebagai tanda yang korang ni merupakan secret admirer si dia. Kalau korang nak ucapkan terima kasih yang teramat sangat, ros pink ini juga pilihan yang tepat kerana melambangkan penghargaan dan terima kasih. Tapi bagi lelaki kalau nampak ada lelaki selit bunga ros pink kat poket baju dia, jauhlah dia ya. (kunyit la tu)

Related image

Bunga Ros Peach : membawa maksud yang hampir sama dengan ros pink, iaitu melambangkan rasa syukur. Ia juga sesuai untuk diberi ketika menziarahi orang yang sakit sebagai tanda korang simpati terhadap si dia. Tapi tak bagi kat orang sakit pun tak apa, bagi kat kawan-kawan anda yang tengah bersedih. Tunjukkan sikit rasa simpati tu dengan bawak bunga mawar warna ni!

sekian untuk bunga ros!!! lepas ni kalau dapat bunga dah tahu la ape maknanyaa yaaa hahahhaaha










Fakta tentang bunga mawar dan makna disebalik warnanya.

Asslamualaikum! mungkin ramai yang tak tahu fakta pasal bunga ni. so aku nak bagitahu sikit pasal bunga.Bunga Mawar dikenali juga denga...